Shalom dan hi semua! Nama saya Danniella, boleh panggil Ella. Saya dari Kudat, Sabah. Tidak sangka Tuhan pimpin saya sampai sini ya. Syukur puji Tuhan! Ada banyak kebaikan Tuhan dalam hidup saya dan satu daripadanya ialah rancangan-Nya yang indah bagi saya. Pada mulanya saya memiliki kerisauan untuk menyertai trip misi ini. Memandangkan cuti semester kali ini agak panjang, saya ada terfikir untuk meluangkan masa di tempat asal saya. Sangat banyak kali saya tanya dengan Tuhan patutkah saya ikut misi trip. Hal tentang mengusahakan dana juga merisaukan saya. Oleh sebab trip misi ini akan dijalankan di Sarawak, kos perjalanan agak besar bagi saya dan waktu itu saya masih tidak faham pengurusan perjalanan ke sana. Dalam pergumulan saya, Tuhan mengingatkan saya dengan apa yang sudah Dia lakukan sehingga saya sampai di titik ini. If it is God’s will, He will make a way. Saya memutuskan untuk percaya dengan Tuhan dan sahut panggilan-Nya. Tuhan bekerja pada saat kita berserah kepada-Nya. God can turn your greatest despair into your greatest blessing. Ternyata cara Tuhan jawab itu luar biasa. Saya diberitahu bahawa yuran pendaftaran saya telah ditanggung seseorang. Puji Tuhan! Saya sangat bersyukur dengan orang-orang yang Tuhan sudah hantar sebagai berkat dalam trip misi ini.
Trip misi pada kali ini berfokus kepada pelajar sekolah. Oleh kerana minggu tersebut merupakan minggu peperiksaan, kami perlu menyesuaikan aktiviti agar pelajar boleh melakukan sesi ulang kaji. Pada mulanya, kami agak bimbang bagaimana respon pelajar nanti. Sekali lagi Tuhan tunjukkan bahawa kedatangan kami adalah kerana rancangan-Nya. Ada banyak peribadi yang mengalami kekecewaan bahkan putus asa dalam hidup mereka. Ada juga yang telah cuba meminta pertolongan daripada orang sekeliling tetapi tidak didengar. Kesannya, ada kepahitan yang tersimpan dalam hati mereka pada usia yang masih muda. Saya percaya Tuhan telah melihat dan mendengar setiap doa permintaan tolong mereka. Tuhan peduli dan mahu pemulihan terjadi di tempat itu. Team kami meluangkan waktu untuk mendengar luahan hati mereka dan berdoa bagi mereka. Puji Tuhan! Mereka menunjukkan semangat ingin berubah. Sepanjang program, semakin awal pelajar datang bahkah sebelum sesi bermula!
Saya sangat bersyukur dapat mengenali setiap ahli kumpulan saya yang sangat unik dan saling melengkapi. I’m very proud of them for being reliable, inspiring, intriguing, loveable, committed, and dedicated. Saya juga bersyukur dengan setiap peribadi yang saya jumpa sepanjang MT. Setiap dari mereka saya rasa diberkati melihat semangat mereka, dan kasih mereka sebagai anak-anak Tuhan. Rancangan Tuhan itu indah, Dia menyediakan, mencukupkan dan memperlengkap. Tidak ada yang kebetulan kerana dalam Tuhan hanya ada kebenaran.