top of page

PROSES YANG MENGUBAH PRESPEKTIF SAYA




Shalom semua, semoga kita sentiasa gembira dan berada dalam damai sejahtera Amen! Pengalaman saya menyertai NextGen kali ini sangat luar biasa dan unik kerana saya bukan sahaja melihat pekerjaan Tuhan secara luar biasa namun secara peribadi telah diproses dan ditegur oleh Tuhan. Tanpa saya sedari sepanjang perjalanan saya mengenal Tuhan, saya sangat bergantung kepada pemahaman diri sendiri untuk melakukan sesuatu sehingga saya membataskan pekerjaan Tuhan di hidup saya. Namun semuanya berubah setelah kami mempelajari topik “Jadikan aku pemimpin pelipatgandaan rohani”. Sebelum pembelajaran tersebut, saya hanya fokus kepada diri sendiri, iaitu apa yang saya boleh lakukan agar orang lain boleh melihat dan merasakan kasih Tuhan melalui saya sehingga mengabaikan perintah Tuhan untuk mendorong orang lain untuk terlibat sama dalam mengongsikan kasih dan penyelamatan yang sudah kita terima. Suatu peristiwa yang tidak akan saya lupakan, di mana Tuhan membuka mata saya untuk mendorong orang lain agar turut terlibat sama untuk menyebarkan kasih Tuhan ialah ketika Forum Kenali Sarawak dan Remaja yang disampaikan oleh alumni USM, saya merasakan keperluan yang luar biasa untuk menyebarkan keselamatan kekal yang kita terima kepada orang lain agar mereka turut merasakan kasih dan penyertaan Tuhan yang luar biasa dalam kehidupan mereka dan memiliki kehidupan kekal yang Tuhan janjikan. Tuhan turut meneguhkan saya melalui suatu peristiwa di mana saya bertanya kepada dua orang pelajar tentang pengalaman mereka ditolong Tuhan, dan mereka menjawab “tiada”, ketika mendengar jawapan pelajar itu hati saya bersedih kerana mereka mungkin belum melihat dan merasakan pekerjaan Tuhan di hidup mereka. Walau bagaimanapun, saya bersyukur lewat kesempatan tersebut meskipun saya tidak berjaya mengongsikan 4SL kepada mereka namun mereka terbuka untuk mendengar pekerjaan yang telah Tuhan lakukan dalam kehidupan saya. Malah, saya percaya Tuhan pasti akan bekerja untuk membuka hati dan fikiran mereka sehingga mereka boleh melihat pekerjaan yang pernah Tuhan lakukan dan akan lakukan dalam kehidupan mereka.

Melalui ini, Tuhan membuka hati saya untuk melihat kepentingan untuk mendorong orang lain untuk sama-sama terlibat menyebarkan kasih Tuhan agar lebih banyak orang yang boleh merasakan kasih dan pekerjaan Tuhan yang luar biasa dalam kehidupan mereka. Jumlah penuai yang banyak akan menghasilkan tuaian yang lebih banyak, semoga lebih banyak orang terlibat dalam usaha menyebarkan kasih Yesus. Tuhan memberkati!

Recent Posts

See All
bottom of page