top of page

Pertama Dan Yang Terakhir


Trip kali ini memberikan saya cabaran baru dan pengalaman baru di tempat yang baru dan berkenalan dengan crew yang baru. Lazimnya, jika saya ingin mengikut trip sebegini, saya perlukan kawan. Tetapi kali ini merupakan atas kehendak diri dan petunjuk daripada Tuhan. Namun begitu, masih ada keraguan untuk menyertai, tapi terdetik dalam hati berkata “mungkin ini peluang terakhir mengikuti trip misi sebegini”.


Buat pertama kalinya menjejak kaki di Sabah, perasaan saya sangat gembira kerana itulah negeri ke lima dalam senarai negeri saya pernah pergi. Terdapat perbezaan perasaan apabila pergi melancong dan pergi melakukan perkerjaan Tuhan. Apabila melancong, kita cenderung mencari mercu tanda, makanan tradisi dan lain lain, manakala melakukan perkerjaan Tuhan membawa kepada perasaan mencari yang memerlukan kasih Tuhan, pengenalan akan Tuhan, pemberitaan berita baik dan hal-hal diluar jangkaan. Maka, bermulalah tugas utama saya iaitu cuba mengenali setiap crew yang ada dalam masa yang singkat. Hal ini kerana saya pernah ditegur pada trip pertama saya kerana tidak mengunakan peluang yang ada untuk berkenal dangan crew. Saya sangat bersyukur kerana Tuhan memberikan hikmat kebijaksanaan untuk saya berkata-kata dengan crew yang ada.


Team sepelayanan kami sangat hebat dan luar biasa daripada ekpektasi saya. Salah satu saya fikirkan ialah “mampukan kami melakukan tanpa ada team yang selayaknya”. Tetapi saya ditegur Tuhan kembali dan Tuhan memperlihatkan bahawa inilah mereka, yang dipilih atau dipakai Tuhan untuk menuai di ladangNya. Terima kasih kepada Tuhan dan Sis Yen Ping yang sudah membimbing kami.


Sepanjang trip misi ini, saya telah merasakan penerobosan semasa menyampaikan berita baik kepada 9 buah keluarga selama satu hari bersama-sama dengan kumpulan saya. Setiap satu keluarga mempunyai kisah tersendiri. Terima kasih Tuhan kerana memberikan peluang untuk berkongsi kesaksian kepada mereka dan mendengar kisah mereka. Saya percaya setiap kali nama Yesus dinyatakan, sesuatu mesej sampai di hati mereka walaupun kita tidak mengerti maksud sebenar.


Semasa konfrensi remaja, terdetik dalam hati berkata “sungguh bertuah mereka mengenali Yesus pada usia yang muda berbanding saya baru mengenaliNya pada 9 tahun yang lepas”. Saya sangat bersyukur Tuhan berserta saya dan Sis Charis yang banyak bantu saya apabila saya kehabisan kata-kata. Tuhan menberikan tugas pertama kami untuk membuka hati mereka dalam perkongsian. Saya sangat percaya bahawa bukan kebetulan mereka berada di sana. Tuhan juga telah memberi kesempatan kepada kami untuk mendengarkan kisah dan kesaksian hidup mereka. Kesimpulan daripada pelayanan ini, mari kita terus berdoa untuk orang yang dilayani. Untuk pelayanan remaja, saya dapati mereka masih ada semangat untuk Tuhan dan membantu mereka dalam insprasi mengikuti Tuhan lebih dalam. Saya harap ini bukanlah trip terakhir saya sebelum melangkah ke alam perkerjaan. Hallelujah, God always bless us.


-Aenderson-

Recent Posts

See All
bottom of page