top of page

Pengalaman Dan Kesaksian


Sejujurnya ini kali pertama saya mengikuti Next Gen yang bermaksud Next Generation. Saya sangat bersyukur dapat menyertai program seperti ini. Hal ini kerana program ini banyak menyedarkan saya dalam banyak perkara. Sebelum menyertai pogram ini saya tidak berfikir panjang dan berfikir bahawa menyertai untuk meluangkan masa yang ada selepas tamat pengajian di Tingkatan 6.


Saya gembira semasa program berlangsung kerana kami dapat mengenali ramai orang dan kawan baru. Kami juga bersama-sama melayani, semangat melayani Tuhan dalam diri semakin membara semasa melayani keinginan hati untuk sentiasa tumbuh dalam iman. Semasa Next Gen berlangsung, saya juga banyak belajar erti kesyukuran dalam kehidupan kerana semasa kami berada di kampung yang saya layani, saya sangat tersentuh melihat keadaan sekeliling di sana yang membuatkan saya sedar akan kesusahan kehidupan dan ujian yang diberikan Tuhan kepada kita sebagai manusia berlainan namun orang-orang di kampung tersebut sangat baik dan ramah dalam menyambut kedatangan kami. Walaupun ada sedikit halangan yang kami tempuhi semasa di kampung tersebut tapi saya sangat berterima kasih kepada Tuhan kerana selalu menyertai kami semasa program kami dijalankan. Saya berharap agar program seperti ini mampu meningkatkan lagi semangat muda-mudi di luar sana agar sentiasa tumbuh dalam iman.


-Cynthia-

Recent Posts

See All
bottom of page