Shalom semua!!! Saya, Patricia Jeshamanda ingin mengucap syukur dan sangat diberkati atas pelayanan kamu semua. Sepanjang Next Gen 2023 untuk kali pertamanya mengikuti Mission Trip, boleh dikatakan banyak pengalaman baru yang saya dapat. Pada awalnya saya datang keseorangan. Agak kekok juga bagi saya sebab tidak berapa suka bergaul tetapi saya kenal beberapa orang sahaja yang pernah mengikuti Next Gen sebelumnya dalam talian pada tahun 2020 dimana waktu sepanjang PKP. Saya agak teruja dapat berjumpa mereka secara bersemuka. Hari demi hari demi, ramai kenalan disitu dan tidak rasa diri ini keseorangan. Begitu juga dengan kumpulan saya sendiri yang pelbagai ragam dan personaliti masing-masing. Pada awalnya dapat berkumpul dengan mereka masih malu-malu kucing. Pada hari dalam aktiviti Meow Tour disana mulanya mereka tunjuk belang (termasuk saya juga). Selepas aktiviti Pra-Next Gen ada kesedaran dimana perlu ada persiapan diri dan belajar sesuatu yang baru. Selama ini saya hanya datang gereja sahaja setiap Ahad, melayani sebagai pemain alat musik dan pemazmur sahaja. Dari Next Gen inilah saya dapat meneroka benda baharu. Walaupun pernah ikut Next Gen sebelumnya dalam talian tetapi banyak tabiat buruk seperti pura-pura tiada line, escape dari devosi. Kalau masa memilih secara rawak untuk bahagian doa, log out. Boleh dikatakan belum matang dalam persediaan lebih ingin tahu mengenai Kristus.
Minggu NextGen ini pula banyak cabaran yang saya hadapi melayani para murid di sekolah L. Semasa breakout session UBK hari pertama yang bertajuk keperibadian, agak mencabar untuk mencuba berkomunikasi dengan murid-murid. Keliru pada mulanya, tidak tahu apa saya perlu buat. Sedaya upaya mencuba tarik perhatian mereka dalam perbualan, tetapi masih terdiam. Saya mencuba lagi, masih diam. Kali ketiga pula saya ingatkan gagal. Puji Tuhan, seorang dari mereka pun berani bersuara kongsi masalah peribadi dia dan bila habis perkongsian murid A, murid B pula yang mahu bersuara. Dulu saya pernah dilayani di sekolah M pada tahun 2019, jadi masa NG itulah gelaran saya yang melayani tahun ini dan alami seperti mereka dahulu. Itulah wujudnya nama NextGen. Saya berharap kita terus melayani dimana-mana tempat ataupun disekeliling kita dan memberi impak yang besar untuk generasi seterusnya terutamanya remaja. KemenanganKu, Kemenangan kami, kemenangan kita semua, semua ini terjadi kerna berkat Tuhan. Hallelujah!!