Shalom generasi pemenang!
Pertama sekali saya ingin mengucapkan segala puji syukur bagi Tuhan kita yang luar biasa kerana tanpa penyertaanNya Next Gen kali ini pasti tidak akan dapat direalisasi. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang Next Gen ini daripada staff CLC, pendoa syafaat, penyumbang dana, semua pastor, alumni universiti dan semua crew yang terlibat. Who know who you are. Tanpa kamu semua Next Gen ini juga tidak akan selancar ini.
Jika ingin saya ceritakan kisah sepanjang 11 hari Next Gen ini memang sangat panjang hasil coretan ini namun apa yang dapat saya ringkaskan kesaksian ini adalah tentang Iman, Pengharapan dan Hikmat. Pemilihan saya sebagai salah seorang pengarah projek ini sebenar suatu hal yang tidak pernah terlintas dalam fikiran saya. Memang ada keraguan dalam diri ini tapi dengan iman saya pergi kerana pelayanan yang besar ini merupakan pelayanan Tuhan dan Tuhan pasti akan membantu saya sepanjang Next Gen ini.
Next Gen kali ini memang sangat mencabar dan penuh dengan ketidakpastian. Begitu banyak pergumulan yang kami hadapi sehingga satu saat saya sendiri mempersoalkan pekerjaan Tuhan untuk Next Gen ini. Tapi syukur puji Tuhan, Next Gen kali ini mengajar saya untuk menyerahkan segala perancangan Next Gen dan biarkan Tuhan bekerja keatasnya sepenuhnya. Next Gen kali ini memang memerlukan kami semua untuk melangkah dengan iman yang sangat besar! Dengan iman inilah kami dapat lihat sinar pengharapan yang Tuhan sediakan untuk kami apabila kami telah mendapat kepastian tempat yang akan kami layani. Walaupun agak last minit, namun semuanya dapat dijalankan dengan baik dan saya percaya Tuhan pasti punya rencana untuk tempat yang kami layani ini.
Apabila kita berani untuk melangkah dengan iman di situ kita akan lihat mukjizat Tuhan dalam hidup kita. Satu yang Tuhan selalu ingatkan pada diri saya ialah sentiasa libatkan Tuhan dalam apa pun yang kita lakukan. Hal ini kerana semua yang kita lakukan ini adalah tentang Dia, bukan tentang kita. Jika Tuhan yang sudah berjanji, Dia akan menepati; Jika Tuhan yang sudah memimpin, Dia yang akan menyertai; dan jika Tuhan sudah memulaikan, Dia akan menyelesaikannya. Memang banyak masalah, memang banyak cabaran di sini saya diajar untuk berfikir dan melihat segala sesuatu yang terjadi menurut persepsi Tuhan bukan hanya bergantung pada pengertian diri sendiri semata-mata. Pasti ada sesuatu yang Tuhan mahu sampaikan kepada kita lewat apa yang terjadi dan saya percaya setiap crew juga memperolehi pengalaman yang berharga seperti ini. Itulah hikmat yang Tuhan sediakan bagi kita yang mengerjakan misi Allah ini. Akhir sekali adalah tetap menjadi terang dan garam bagi orang di sekeliling ya semua! Terus berapi-api bekerja di ladangnya Tuhan dan semoga kita berjumpa lagi di Next Gen 2023. Nantikan dan doakan ya!”
-Jennifer-