top of page

Gratefulness


Shalom teman-teman, hari ini saya mahu kongsikan sedikit kesaksian saya tentang trip ke Sabah. Saya sangat diberkati dalam trip ini kerana saya berjaya mengkongsikan berita baik dan kesaksian hidup secara peribadi.


Sebelum ini, saya juga pernah ikut trip misi semasa di sekolah menengah tapi saya tidak berjaya mengkongsikan berita baik kerana sering ditolak orang lain mungkin kerana faktor umur. Selain itu, saya juga diberi kepercayaan untuk mengajar crew Next Gen bagi kelas dasar. Kali ini, saya mencabar diri saya untuk mengambil peluang ini kerana saya percaya Tuhan buka kesempatan saya dalam mengajar orang lain. Saya tidak ragu-ragu dengan hal ini dan terus mengambil pelayanan tersebut.


Saya juga diberkati dengan kawan-kawan yang mahu melayani bersama-sama dalam apa pun pelayanan. Saya berasa sangat seronok dan bersemangat dalam melayani bersama kerana mereka semua sangat dipakai Tuhan dan gila-gila. Itu yang membuatkan trip ini sangat luar biasa termasuk alumni-alumni CLC yang dapat melayani bersama-sama. Mereka juga banyak memberikan contoh dan mengajar kami lewat pengalaman dan penge


tahuan mereka dalam pelayanan trip kali ini. Kesimpulannya, trip ini saya dapat rasakan penat yang sangat diberkati. Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya melihat langit pada waktu senja yang sangat cantik sambil mengucap syukur kepada Tuhan untuk 11 hari yang sangat luar biasa. Satu lagi memori bersama CLC USM dapat saya cipta yang tidak akan saya lupakan kerana sangat banyak penerobosan yang saya alami. Untuk yang paling last! Ayamak! Next Gen Go!


--- Pororo


Recent Posts

See All
bottom of page