HI & SHALOM!!
Next Gen? Ya ini merupakan Next Gen pertama yang saya ikuti dan diberi tugas sebagai Assistant Team Leader (ATL). Sejujurnya perasaan saya bercampur aduk dan tidak yakin dengan kemampuan diri saya sebelum menyertai projek ini. Namun disaat perasaan takut menyelubungi diri, hati saya sentiasa rindu untuk melayani Tuhan dan bertumbuh dalam Kristus. Akhirnya, segala pujian hormat dan syukur kepada Tuhan Yesus atas penyertaanNya dalam Next Gen pada kali ini. 16 hari yang sungguh hebat dan luar biasa, saya rindu!
Melalui pelayanan ini, penyertaan Tuhan itu sungguh nyata dan saya sangat diberkati. Tuhan sentiasa menolong dan mencukupkan segala sesuatu di luar jangkaan kita. Oleh itu, pada kesempatan ini saya ingin mengongsikan pekerjaan Tuhan yang sangat luar biasa melalui pelayanan team saya di sekolah A. Semasa pelayanan terakhir team saya di sekolah ini, saya sempat berasa tidak yakin dan takut kerana ada begitu ramai anak-anak muda yang akan kami layani manakala ahli team saya hanya sedikit dan ada diantara team saya yang sakit pada ketika itu. Sepanjang sesi terakhir pada waktu malam berlangsung, tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat mula turun. Saya duduk di belakang dan berdoa syafaat “Tuhan biarlah pelajar yang kami layani tidak akan terganggu dengan persekitaran dan tetap fokus di hadapan”. Ketika perkongsian firman Tuhan selesai, altar call dijalankan dan sungguh pekerjaan Tuhan itu sangat hebat! Semua pelajar yang hadir dan tidak ada yang tersisa semuanya mahu menyerahkan hidup mereka dalam tangan Tuhan. Haleluya!
Sepanjang Next Gen ini, saya juga mengalami breakthrough dalam diri saya. Sepanjang 4 hari pelayanan team saya di sekolah A, saya telah menjadi speaker untuk 3 sesi dan ini merupakan kali pertama untuk diri saya. Walaupun fizikal saya penat namun hati saya sentiasa bersukacita dan bersyukur kerana orang lain dapat mengenal kasih kristus dengan lebih dalam. Saya sangat diberkati dan tidak ingin berhenti hanya di sini sahaja. Tuhan jelas memberikan mesej kepada saya ketika saya merasakan diri saya lemah dan kurang, namun Tuhan sudah mempersiapkan dan mencukupkan kita.
Akhir kata, pelayanan Next Gen ini sangat memberi impak kepada saya dan mematangkan pertumbuhan rohani saya. Next Gen ini juga mengajar dan mempersiapkan setiap kru untuk menjadi pemimpin yang hebat. Tapi saya percaya tanpa penyertaan dan pimpinan Tuhan, semuanya ini tidak dapat dilakukan dengan kekuatan sendiri. TUHAN YESUS KITA MEMANG MANTAP OH! Tuhan memberkati kita semua. – Esther El