top of page

BERHARGA



Shalom dan damai sejahtera buat semua daripada saya, Jeslina Lenya, salah seorang Crew NEXTGEN 2023 yang telah diadakan di Sarawak. Saya bersyukur untuk campur tangan Yesus daripada awal hingga ke akhir. Setiap perkara dan individu yang terlibat dalam NG023 sangat “Berharga” bagi pelayanan saya kali ini. Dimurnikan dan dibentuk sehingga menjadi sesuatu yang berharga bukanlah satu proses yang mudah. Terkadang proses itu terasa sangat sakit, tapi semuanya perlu dilalui untuk membuatkan saya semakin dewasa dalam pelayanan. Saya juga diberkati dengan beberapa orang Crew yang mengajar saya untuk melihat perkara dari sudut pandang yang berbeza daripada kebiasaan yang saya lakukan supaya tidak terlepas perkaraperkara yang berharga seperti benih sukacita dikalangan crew sepanjang Pra NG antara yang menguatkan saya. Musim ini tanam dulu, pasti nanti ada musim untuk menuai! Program sebegini yang sudah lama saya inginkan untuk terjadi di sekolah ini dan kehadiran kamu semua tepat pada waktukata Kakak E semasa hari terakhir kami berada di Sekolah A. Saya tahu semuanya itu memang rencana Allah untuk setiap jiwa yang berharga. Masa yang kami luangkan bersama pelajarpelajar jujur sangat terhad, tapi pekerjaan Tuhan tidak terbatas. Ada diantara pelajar berkongsi keadaan mereka dan sangat sedih kerana mereka perlu lalui semua itu pada usia yang masih muda. Saya percaya Kasih Allah juga turut merangkul setiap jiwa yang berharga ini sepanjang pelayanan kami di sana. Saya melihat ada perubahan dikalangan pelajar dimana mereka lebih bersemangat dan bersukacita berbanding dengan hari pertama kami berjumpa. Ramai dikalangan mereka yang mengatakan mereka tidak pandai seperti orang lain mungkin disebabkan keadaan hidup mereka. Tapi, tiada yang mustahil. “Kakak, saya boleh jawab exam tadi” Sangat bersyukur dan gembira saya pada masa itu melihat semangat mereka untuk menceritakan perkara tersebut. Saya juga kagum dengan respon mereka apabila saya kongsikan 4 Hukum Rohani pada malam sesi iscf secara dalam kumpulan kecil. Mereka memberi respon yang baik dan perlu bimbingan untuk lebih memahami dan mengalami kasih Tuhan secara peribadi. Saya percaya rencana Allah selalu yang terbaik! Setiap Crew dalam kumpulan saya untuk NG23 sangat memberkati saya secara peribadi. Setiap hari walaupun lewat malam balik dari pelayanan, namun setiap pagi tidak pernah saya rasa sunyi kerana hari kami dimulai dengan sukacita dan berakhir dengan penuh sukacita sebab kasih Allah yang beserta dengan kami. Layani sesamamu,saling membangun dan bertumbuh bersama sebab kita semua berharga!

Recent Posts

See All
bottom of page