top of page

Blessings Everywhere



Shalom semua,


Sebelum saya memulakan kesaksian saya ini, saya ingin mengucapkan ucapan syukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana telah membuka hati saya untuk menyertai OAMT pada kali ini. Banyak perkara yang saya dapat belajar melalui OAMT ini di samping saya dapat melihat sendiri bagaimana pekerjaan Tuhan itu sungguh luar biasa sepanjang pelayanan dan kehidupan saya. Pada mulanya, saya ingin menyertai OAMT sebagai peserta biasa tetapi Tuhan mempunyai rancangan-Nya sendiri dan saya dipercayai oleh core team untuk menjadi seorang Assitant Team Leader.


Sebelum OAMT ini bermula, saya mengalami beberapa pergumulan yang menganggu minda dan fokus saya dari segi persiapan untuk OAMT. Akan tetapi, saya berusaha mengabaikan pengumulan itu kerana saya perlu menyiapkan hati saya sepenuhnya untuk menjadi seorang Assitant Team Leader dalam kumpulan saya. Banyak perkara yang merisaukan saya di sepanjang persiapan itu lebih-lebih lagi dalam tentatif kerana saya risau akan aktviti-aktiviti yang akan kami lakukan tidak memberikan impak kepada penduduk-penduduk yang akan kami layani. Tetapi, ada satu masa ini hati saya berkata, jangan risau akan perkara itu kerana kamu tidak berkeseorangan menghadapi semua ini. Untuk menyenangkan hati saya lagi, ada satu firman Tuhan saya telah renungkan semasa devosi hari kedua, iaitu Pengkhotbah 3:11. Antara perkara yang sangat luar biasa yang telah terjadi iaitu setiap pengumulan saya itu terjawab satu demi satu di sepanjang OAMT ini. Apa yang membuatkan saya rasa amat bersyukur iaitu saya sangat diberkati dimana saya ditempatkan di kumpulan yang sangat bertalenta dan juga saya sangat diberkati dengan sikap peramah dan baik hati penduduk di kampung itu.


Di sepanjang 7 hari kami di kampung itu kami bukan sahaja pergi untuk menginjil tetapi kami sedar bahawa kampung yang kami layani memerlukan peneguhan dalam iman mereka dan juga fokus kami berubah terhadap remaja kerana kalangan remaja inilah yang akan memimpin tempat ini pada masa hadapan nanti. Puji Tuhan, kami telah memuridkan 10 orang remaja dalam masa beberapa hari tersebut.


Pekerjaan Tuhan itu sungguh luar biasa dan percayalah bahawa waktu Tuhan sentiasa tepat sesuai dengan rencana-Nya dalam hidup kita. Sebelum saya menamatkan kesaksian saya ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucap syukur kerana saya telah ditempatkan dalam kumpulan ini. Setiap peribadi ini telah menjadi pembakar semangat dan banyak perkara yang saya pelajari daripada mereka.


-Ejay-



Recent Posts

See All
bottom of page