top of page
jennnnn.jpg

Apa yang harus ku kejarkan?

WhatsApp 图像2024-12-30于16.36.11_42cfdda5.jpg

Nama: Jennifer

Pengajian: Ilmu Pendidikan

Universiti: Universiti Sains Malaysia

WhatsApp 图像2024-12-30于16.36_edited.jpg

" Jawatan dalam Pelayanan?' "

Perjalanan empat tahun saya di USM merupakan sebuah pengalaman yang di luar jangkaan saya, yang membentuk diri saya menjadi siapa saya hari ini. Jennifer di tahun pertama adalah seorang yang biasa sahaja, tetapi semuanya berubah apabila saya dijangkau oleh sebuah komuniti yang sangat mengubah kehidupan saya sebagai seorang murid Tuhan Yesus.

 

Pada mulanya, saya tidak pernah menyangka diri ini akan diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin (leader). Namun, saya percaya bahawa Tuhan yang terlebih dahulu memilih saya dan pasti Tuhan mahu saya belajar sesuatu melalui pengalaman itu. Bagi saya, ia bukan tentang jawatan, tetapi lebih kepada bagaimana Tuhan ingin membentuk, mengajar, dan memproses saya sehingga saya dapat menjadi seorang murid Tuhan Yesus yang sejati, yang berjalan dengan identiti Kristus dalam diri saya. Saya diperlengkapi dan dimurid oleh senior-senior saya, hingga akhirnya saya menyelesaikan Journey of Faith (JOF) dan diberi dorongan untuk menyertai trip misi. Di sana, saya menyedari betapa banyak orang yang masih memerlukan untuk mendengar khabar baik tentang Tuhan Yesus. 

Walaupun perjalanan tersebut tidak mudah, Tuhan Yesus memberikan saya kekuatan seperti yang diperkatakan dalam Filipi 4:13. Apabila junior mula melangkah masuk ke USM, saya berasa mampu untuk melakukan apa yang senior saya lakukan kepada saya. Salah satu perkara yang saya syukuri adalah apabila junior-junior saya dapat melayani bersama dengan saya, dengan talenta yang Tuhan telah anugerahkan kepada mereka. Saya amat bersyukur kerana Tuhan memberi saya talenta untuk menari rebana, dan sebenarnya, kerinduan untuk menari rebana itu sudah ada dalam hati saya sejak kecil. Namun, saya dipanggil untuk melayani ketika saya berada di tingkatan 6.

 

Ketika saya melihat banyak junior saya yang berkongsi kerinduan yang sama, saya merasa seperti melihat diri saya sendiri dalam diri mereka.Sepanjang saya berada di USM, saya sangat bersyukur kerana Tuhan kerinduan hati mereka dan membuka jalan, sehingga saya dapat melayani rebana bersama dengan junior-junior saya. Bukan itu sahaja, beberapa daripada mereka telah dibangkitkan menjadi pemimpin yang bukan hanya menjadi berkat kepada mereka yang sudah percaya, tetapi juga membawa terang Kristus kepada mereka yang belum mengenal-Nya.

 

Saya sebagai seorang senior sangat bersyukur diberi kesempatan untuk memberkati dan menjadi inspirasi kepada junior-junior saya dan saya percaya kehadiran junior saya juga akan memberkati dan menjadi inspirasi kepada junior mereka yang lain juga.

WhatsApp 图像2024-12-30于16.36.12_0030ab52.jpg

Aku juga pernah jatuh.

Bahkan hilang harapan.

bottom of page